Thursday, September 10, 2009

Jemputan..





MAJLIS SBLH PEREMPUAN PD 22 SEPT 2009 ( 3 SYAWAL) ALAMAT
KG BATU 35 BATU BALAI JERANTUT PAHANG
MAJLIS SBLH LELAKI PD 23 SEPT 2009 ( 4 SYAWAL ) ALAMAT
KG KONGGO BATU BALAI JERANTUT PAHANG

KAWAN2 SORY SB XDA PETA.. KU XSEMPAT NK WAT..
DOAKAN MAJLIS KU BERJAYA..
DOAKAN KAMI BAHAGIA DI DUNIA N AKHIRAT..
AMIN..

Sunday, August 23, 2009

sayonara

its tyme i made up my mind..
i cant go on..
im leaving this world..
thank you dear frenz fr ur support but..
this is the end..
i will not be writing anymore.
wassalam

Thursday, June 25, 2009

Adik Amir..


RAja Amir Syihab Al-Faruqi..
si bongsu....
si cilik yg sgtla petah bercakap.. mcm orng tua... hehe
dia paling minat ben 10...semua bende nk berjenama ben 10.. tgklah baju dia..hemmm amir..amir..
alahai budak2 zaman sekarng...
ku doakn adik berjaya dunia dn akhirat..

sebenarnya windu kt rumah.. hehe
esok balik.. boleh membebel kat adik..hehe..
Selamat bercuti semua... =)

Yang Bernama AL

Yang bernama...AL
Pernah tak terlintas di hati kecil kita...
impian untuk selalu bersama AL?
Selalu ada bersama AL?
Kemana pergi AL pasti ada di sisi?
Selalu menatap 'wajahnya', wajah AL yang suci lagi murni itu....
memahami isi hatinya..
Yang bernama AL itu tak pernah meminta apa2.. yang di minta sekadar menatap wajahnya.. itu cuma..
tapi... malangnya AL terus di pinggirkan
AL.. di biarkan bersendirian tanpa teman..
Kesian AL
AL semakin tidak dikenali..
di cari dikala sedih.. marah..kecewa..
tapi AL tak kisah pun..
AL cukup gembira walaupun dia di cari waktu2 begitu...
AL terus menunggu...
Menunggu
dan
Menunggu.....
Yang bernama AL...
Al-Quran

.........................................................................................................................................................................

Pada satu petang yang sejuk... dengan hujan yang lebat membasahi bumi... ku bersama seorang teman pergi ke Lawsoc... sambil tunggu untuk bersiap solat asar... sesuatu menangkap kornea ku..

Ku terlihat sekeping book mark.. di atas meja..saiz nya kecil saja.. namun inti pati nya... memang menakjubkan.. tulisan nya dalam b.i... kata2 yang menjadi ilham untuk ku menulis.. bukan sekadar sebagai pengisian blog yg semakin bersawang...
Tapi untuk perkongsian semua..

apa sebenarnya yg tertulis pada book mark itu? ku terjemahkan dalam bahasa ibunda.. hehe

CARA UNTUK KHATAM AL-QURAN DALAM MASA SEBULAN...

amacam? nampak macam agk mustahil.. tapi.. "when there is a will there is away"..
mari kita lihat kira-kira ini..

4 x 5 x 30 = 600

m/s solat hari seluruh
Al-Quran

WOW... bile ku bace itulah experesi ku.. sungguh ku terkejut.. mudah je sebenarnya.. tak perlu tunggu bulan puasa pun.. dah tahu ni senang nk khatam puasa nanti.. tak gitu? =)

Ok ni pulak congakkan bg sesetengah kita yang kesuntukan masa...(huhu mcm diriku je)

KHATAM DALAM MASA 2 BULAN .. bagaiman cara..


2 x 5 x 30 = 300

m/s solat hari separuh
Al-Quran
sebulan

Nampak mudah.. memang mudah pun..asalkan kita sendiri yang hendak bermujahadah dgn nya..moga bulan Rejab yg mulia ini kita dapat berubah mebjadi lebih baik.. ameen.

Thursday, June 18, 2009

Hikmah dari Segenap Ruang

Kegagalan..sudah pasti merupakan sesuatu yang kita semua tidak inginkan sepanjang perjalanan hidup kita... kerna kita terkadang takut..takut andai kegagalan itu kunjung jua..apakah kita mampu menghadapinya...?

Bagi diri yang kerdil ini... ku rasakan banyak..banyak kegagalan yang telah ku hadapi... sampai kadang-kadang terasa tak sanggup lagi menempuh kegagalan sedemikian rupa lagi..dan lagi...

Sampai ke satu tahap sanggup tukar motto hidup yang lama di pegang.. "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" apa lagi terus kene tegur dengan seorang kakak yang sangat hebat bagiku... dia cakap...

"kenapa pulak nak tukar motto? kenapa dah banyak sangat gagal ke?.."

bagai nak runtuh jantung ini mendengarnya.but i took it as a good starting point.. akak tu cakap hidup perlu ada motto yang tetap dan tak bertukar-tukar supaya kita lebih nampak jalan yang hendak di tuju.. lebih tabah dan kuat menghadapi ranjua kehidupan.. tak kiralah motto hidup kita apa sekalipun... we must stick to it through out our lives..

Kegagalan yang paling berat yang ku rasai ialah kegagalan menjadi seorang khalifah Allah yang berjuang untuk agamanya...apa yang aku telah sumbangkan untuk islam selama aku hidup ini?
apakah aku ini hambanya yang baik? taat pada perintahnya? terasa kerdil diri mengenangkan kekhilafan diri... ini belum masuk kegagalan diri sebagai anak? adakah aku anak yang patut di banggakan?....perit jiwa melihat air muka ummi dan abi... maafkan uti.. anakmu yang tak mampu membanggakan kalian...hidup dalam kegagalan yang cukup memeritakan....

Namun.. ku sedar...ini ujian Allah...Allah sendiri berfiraman, bahawa Dia tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya ..maka dari sini ku temui kekuatan..

suka jua ku masukkan sebuah hadith yang moga2 memberikan kekuatan dalam diri..

"Seseorang itu tidak akan dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
(riwayat al-Bukhari)

Tambahan pula..ku bertambah yakin dan terbina kekuatan..apabila mendapat satu ungkapan kata2 dari seorang ustaz mengenai hikmah... pasti kita selalu mendengar dalam setiap perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya..tapi pasti ramai jua yang terfikir..bila..bila hikmah itu akan menjelma?
ustaz tu cakap...

"Yakinlah...hikmah Allah pasti akan datang.. tak sekarang tahun hadapan..tak tahun hadapan 10 tahun akan datang tak dalam 10 tahun...yakin dan pastilah bahawa ia akan dapat di syurga"

sungguh mendalam maksud,yang membuatku terfikir..lantas ku pasti setiap apa yang berlaku
pasti tersedia hikmah Allah kepada kita...
moga2 dalam apa jua dugaan...ujian mahupun kegagalan kita tabah menghadapi kerna pasti segalanya ada hikmahnya...

Wednesday, June 17, 2009

Mari membina rumah....

Pada suatu hari yg indah..dimana tarikh tidak dpt di recall balik..selepas chating ngn seorang kawan...terpikir akan sesuatu..sesuatu yg menjadi ilham untuk ku menulis..heee setelah sekian lama... terfikir..dan terkenang dalam hidup ni kita harus hidup atas 5 asas yg berbeza..tetapi matlamatnya sama..bahagia dunia dan akhirat
The 1st 5 i guess many of us observe.... as muslims especially.. Rukun Islam. Buktinya terdapat dalam hadith nabi...

Daripada Abdullah bin Umar r.a Nabi s.a.w bersabda : " Islam terbina atas 5 perkara : Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad adalah hmba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini...

1. mengucapkan dua kalimah syahadah
2. solat 5 waktu
3. puasa di bulan ramadhan
4. menunaikan zakat
5. menunaikan haji bagi yg mampu

5 tiang agama yg sudah pasti tersemat di kalbu..tapi sejauh mana pula kita menjaganya? adakah kita terus menerus membiarkan tiang2 itu rapuh? berkarat?hemmm.. peringatan buat diri...
cuba bayangkan rumah yg tersergam indah tapi tiangnya rapuh..akan gugurlah ia ke bumi... maka sia-sia rumah itu...

Ok.. tiang rumah dah ada.. nak bagi cantik lagi..batu-bata rumah kenalah adakan? so lagi 5 asas untuk rumah kite ni ialah rukun negara kite sendiri.. ingat tak masa sekolah dulu? setiap hari isnin mesti kena baca rukun negara.. yg pada masa tu memang takde persaan pun bace.hehehe.


1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. kedaulatan undang2
4. Keluhuran perlembagaan
5. kesopanan dan kesusilaan..

(if ada kesilapan harap dapat dibetulkan ye)

fuh... susah gak nk ingat ni..nampak sangat aci redah je tyme skool dulu..huuu
tapi d poin here is that sayang negara kite..jgn asyik puji negara orang.. walau seteruk manapun negara kita..inilah tanah tumpah negara kite... bangkit jiwa2 perjuang...

Hemmm,tiang dah ada.batu batu sudah di susun rapi... apa lagi ek nak bg rumah kite ni cantik... i guess i know.. apa kata kite tambah lagi 5 yg pasti akan membuatkan rumah kite Ter PALING cantik... apakah yg 5 itu?


LOVING

CARING

SHARING

GIVING

FORGIVING
ni saya dapat mase grup binding AIKOLFEST kt janda baik..tempat Pak Habib..mesti rmi yg kenal dia kan... bila di lihat balik ... memang benar dgan mengamalkn yg 5 ni..hidup kita kan lebih sejahtera...damai..lagi membahgiakan..bila kite semua hidup dgn 5 ini... sekarang buktinya kawan2 yg pergi grup binding memang terbinding habis..heee coz semua cuba untuk amalkan yang 5 ni.dari sini datanglah kekayaan jiwa seperti yg tercatat dalam hadith nabi...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersbada : " Bukanlah kekayaan itu dengan harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"

(Riwayat al -Bukhari dan Muslim)

hasilnaya..maka terbina sebuah rumah yg asasnya kukuh ngn pegangan agama
tersergam indah dengan semangat patriotisme
dan bersinar dengan nur kasih sayang..
moga kite dapat membawa rumah yg dibina ke alam akhirat.. ameen

Saturday, April 11, 2009

Luka yg berdarah

Penat.... hati kudus itu parah diserang barah....
sapa yg amik peduli...

Luka hati merah itu terguris...
titisan darah beku seperti tak mahu mengalir

Hancur hancur jiwa itu..
menahan gelodak jiwa yg mengila

Perit...perit dihiris sembilu bisa
tiada siapa mahu membantu menjahit luka itu...
Tangisan syahdu membasuh luka sendiri


Ya Allah kau tabahkanlah hati suci itu...

hati yg mencintaiMu sepenuh jiwa raganya

hati yg sayang dgn agamaMU Tuhan

Duhai sahabat..
ku tahu kau seorang yg kuat percayalah..
Allah menguji imanmu

kerna Dia kasih padamu duhai sahabat..


Dikau punya Allah yg kan selalu mendengar rintahanmu
kau masih punya diriku
dan ramai lagi yang setia disisimu...

tabahlah duhai hati...

# buatmu Sahabat.Moga dirimu tabah dgn ujian Allah ini.

My future

Tarikh:10th April 2009 jam:( tidak dapat dikenal pasti)

Satu perbualan telah berlangsung di antara 2 sahabt.... yang hasilnya membuat diriku baru sedar sesuatu perkara yang sangat2 crucial. aku jadi malu sendiri...betapa selama ini aku sebagai seorang muslim hidup ibarat dalam sia-sia....apa tidaknya.... aku tiada satu perkara...satu perkara yang sepatutnya aku ada sejak aku mula melangkah di bumi UIAM yg indah ini..... tapi aku hidup dalam terumbang ambing...Ya Allah aku bersyukur akhirnya aku temui cahaya.
antara lain diolognya kami seperti berikut...........

"kakak cita2 kakak apa..." tanya Angah. aku terkedu jap..pikir panjang... alik2 belok ke cerita lain sekejap...
"eh kakak tak jawab lagi soalan kita..."tambah Angah.
"entahlah..dulu bercita-cita nak bukak nursery.."then aku mulala aku berangan-angan.
"pas grad nak watpe.."wahaha soalan cepu cemas...
"entahlah.macam tak mampu je nak sambung syariah.macam nak wat DSLP time grad 4th year."
perbualan kami berlarutan.sampai zohor.

then something hit me..hit me hard.selama ni aku takde target yang jelas..Ya Allah malunya dgn diri sendiri.... kenapa aku tak mencontohi Fahri dalam cerita Ayat-Ayat Cinta..then i came back to my senses...huhu.
then here comes my life....

1st step:DSLP (planning nak wat kat UIAM insyaALLAH..).

Entry Requirement

LL.B (Hons), LL.B (S), B.A(S) or any other qualification approved by the
kulliyyah.

Courses

Duration: 1 Year (Part time)
Class Schedule: 8.30 am – 2.00 pm (Saturday)
Medium: Bahasa Melayu

Semester 1
1) Sistem Perundangan Islam
2) Pengenalan Kepada Undang-undang Perlembagaan
3) Instrumen Perancangan Harta Islam & Pentadbiran Pesaka
4) Undang-undang Jenayah Islam

Semester 2
1) Undang-undang Keterangan Islam I
2) Undang-undang Prosedur Mal Islam
3) Undang-undang Keluarga Islam I
4) Kemahiran Perundingan dan Penghujahan

Semester 3
1) Undang-undang Keterangan Islam II
2) Undang-undang Prosedur Jenayah Islam
3) Undang-undang Keluarga Islam II
4) Etika


2nd Part : Pegawai Sulh

kenapa pilih Pegawai Sulh? coz i rasa sekarang ni banyak sangat conflict2 keluarga yg end productnye divorce.Padahal institusi keluarga amatlah penting..kerana disini akan lahirlah insan2 hebat....
Al-Fateh
Hassan Al-Banna
Yusof Al-Qardawi

dan ramai lagi...

makin banyk kes2 cerai berai... dimanakah akan terlahir insan2 hebat?.. i guess this is a valid reason..dont you.? ;)

Sweet Colours of You and Me :)

Teringin gak nak try tag2 orang ni kan.... tapi nak wat satu jelah soklan..hehe just nak try..ni cik siti masleha punyer pengaruhla nih....hehehe so enjoy.peace mo war you all.

Keh dalam banyak2 colours ni kan which suits me? only if you all jawab i will give the colours that suits you.

white=silent

blue=honest

red=helpful

pink=naughty

violet=lovely

brown=cool

orange=smart

grey=talkative

yellow=gorgeous

black=cute

Tengok sapa kena.....
1. sapa ek..yes saya tahu cik Siti Masleha your the 1st on my list.coz i got inspired by you.

2. next on my list my DeqSu...ok.

3. nak suh Angah gak boleh.hehe

4.sapa lagi ek....Raihana Maimunah Nia Qistina in memory sokmo

5. Gee pun nak suh wat gak tak kira... ;p

6.lastly....sapa2 pun boleh...all are invited... :)