Thursday, June 18, 2009

Hikmah dari Segenap Ruang

Kegagalan..sudah pasti merupakan sesuatu yang kita semua tidak inginkan sepanjang perjalanan hidup kita... kerna kita terkadang takut..takut andai kegagalan itu kunjung jua..apakah kita mampu menghadapinya...?

Bagi diri yang kerdil ini... ku rasakan banyak..banyak kegagalan yang telah ku hadapi... sampai kadang-kadang terasa tak sanggup lagi menempuh kegagalan sedemikian rupa lagi..dan lagi...

Sampai ke satu tahap sanggup tukar motto hidup yang lama di pegang.. "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" apa lagi terus kene tegur dengan seorang kakak yang sangat hebat bagiku... dia cakap...

"kenapa pulak nak tukar motto? kenapa dah banyak sangat gagal ke?.."

bagai nak runtuh jantung ini mendengarnya.but i took it as a good starting point.. akak tu cakap hidup perlu ada motto yang tetap dan tak bertukar-tukar supaya kita lebih nampak jalan yang hendak di tuju.. lebih tabah dan kuat menghadapi ranjua kehidupan.. tak kiralah motto hidup kita apa sekalipun... we must stick to it through out our lives..

Kegagalan yang paling berat yang ku rasai ialah kegagalan menjadi seorang khalifah Allah yang berjuang untuk agamanya...apa yang aku telah sumbangkan untuk islam selama aku hidup ini?
apakah aku ini hambanya yang baik? taat pada perintahnya? terasa kerdil diri mengenangkan kekhilafan diri... ini belum masuk kegagalan diri sebagai anak? adakah aku anak yang patut di banggakan?....perit jiwa melihat air muka ummi dan abi... maafkan uti.. anakmu yang tak mampu membanggakan kalian...hidup dalam kegagalan yang cukup memeritakan....

Namun.. ku sedar...ini ujian Allah...Allah sendiri berfiraman, bahawa Dia tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya ..maka dari sini ku temui kekuatan..

suka jua ku masukkan sebuah hadith yang moga2 memberikan kekuatan dalam diri..

"Seseorang itu tidak akan dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
(riwayat al-Bukhari)

Tambahan pula..ku bertambah yakin dan terbina kekuatan..apabila mendapat satu ungkapan kata2 dari seorang ustaz mengenai hikmah... pasti kita selalu mendengar dalam setiap perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya..tapi pasti ramai jua yang terfikir..bila..bila hikmah itu akan menjelma?
ustaz tu cakap...

"Yakinlah...hikmah Allah pasti akan datang.. tak sekarang tahun hadapan..tak tahun hadapan 10 tahun akan datang tak dalam 10 tahun...yakin dan pastilah bahawa ia akan dapat di syurga"

sungguh mendalam maksud,yang membuatku terfikir..lantas ku pasti setiap apa yang berlaku
pasti tersedia hikmah Allah kepada kita...
moga2 dalam apa jua dugaan...ujian mahupun kegagalan kita tabah menghadapi kerna pasti segalanya ada hikmahnya...

No comments: