Thursday, June 25, 2009

Adik Amir..


RAja Amir Syihab Al-Faruqi..
si bongsu....
si cilik yg sgtla petah bercakap.. mcm orng tua... hehe
dia paling minat ben 10...semua bende nk berjenama ben 10.. tgklah baju dia..hemmm amir..amir..
alahai budak2 zaman sekarng...
ku doakn adik berjaya dunia dn akhirat..

sebenarnya windu kt rumah.. hehe
esok balik.. boleh membebel kat adik..hehe..
Selamat bercuti semua... =)

Yang Bernama AL

Yang bernama...AL
Pernah tak terlintas di hati kecil kita...
impian untuk selalu bersama AL?
Selalu ada bersama AL?
Kemana pergi AL pasti ada di sisi?
Selalu menatap 'wajahnya', wajah AL yang suci lagi murni itu....
memahami isi hatinya..
Yang bernama AL itu tak pernah meminta apa2.. yang di minta sekadar menatap wajahnya.. itu cuma..
tapi... malangnya AL terus di pinggirkan
AL.. di biarkan bersendirian tanpa teman..
Kesian AL
AL semakin tidak dikenali..
di cari dikala sedih.. marah..kecewa..
tapi AL tak kisah pun..
AL cukup gembira walaupun dia di cari waktu2 begitu...
AL terus menunggu...
Menunggu
dan
Menunggu.....
Yang bernama AL...
Al-Quran

.........................................................................................................................................................................

Pada satu petang yang sejuk... dengan hujan yang lebat membasahi bumi... ku bersama seorang teman pergi ke Lawsoc... sambil tunggu untuk bersiap solat asar... sesuatu menangkap kornea ku..

Ku terlihat sekeping book mark.. di atas meja..saiz nya kecil saja.. namun inti pati nya... memang menakjubkan.. tulisan nya dalam b.i... kata2 yang menjadi ilham untuk ku menulis.. bukan sekadar sebagai pengisian blog yg semakin bersawang...
Tapi untuk perkongsian semua..

apa sebenarnya yg tertulis pada book mark itu? ku terjemahkan dalam bahasa ibunda.. hehe

CARA UNTUK KHATAM AL-QURAN DALAM MASA SEBULAN...

amacam? nampak macam agk mustahil.. tapi.. "when there is a will there is away"..
mari kita lihat kira-kira ini..

4 x 5 x 30 = 600

m/s solat hari seluruh
Al-Quran

WOW... bile ku bace itulah experesi ku.. sungguh ku terkejut.. mudah je sebenarnya.. tak perlu tunggu bulan puasa pun.. dah tahu ni senang nk khatam puasa nanti.. tak gitu? =)

Ok ni pulak congakkan bg sesetengah kita yang kesuntukan masa...(huhu mcm diriku je)

KHATAM DALAM MASA 2 BULAN .. bagaiman cara..


2 x 5 x 30 = 300

m/s solat hari separuh
Al-Quran
sebulan

Nampak mudah.. memang mudah pun..asalkan kita sendiri yang hendak bermujahadah dgn nya..moga bulan Rejab yg mulia ini kita dapat berubah mebjadi lebih baik.. ameen.

Thursday, June 18, 2009

Hikmah dari Segenap Ruang

Kegagalan..sudah pasti merupakan sesuatu yang kita semua tidak inginkan sepanjang perjalanan hidup kita... kerna kita terkadang takut..takut andai kegagalan itu kunjung jua..apakah kita mampu menghadapinya...?

Bagi diri yang kerdil ini... ku rasakan banyak..banyak kegagalan yang telah ku hadapi... sampai kadang-kadang terasa tak sanggup lagi menempuh kegagalan sedemikian rupa lagi..dan lagi...

Sampai ke satu tahap sanggup tukar motto hidup yang lama di pegang.. "gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya" apa lagi terus kene tegur dengan seorang kakak yang sangat hebat bagiku... dia cakap...

"kenapa pulak nak tukar motto? kenapa dah banyak sangat gagal ke?.."

bagai nak runtuh jantung ini mendengarnya.but i took it as a good starting point.. akak tu cakap hidup perlu ada motto yang tetap dan tak bertukar-tukar supaya kita lebih nampak jalan yang hendak di tuju.. lebih tabah dan kuat menghadapi ranjua kehidupan.. tak kiralah motto hidup kita apa sekalipun... we must stick to it through out our lives..

Kegagalan yang paling berat yang ku rasai ialah kegagalan menjadi seorang khalifah Allah yang berjuang untuk agamanya...apa yang aku telah sumbangkan untuk islam selama aku hidup ini?
apakah aku ini hambanya yang baik? taat pada perintahnya? terasa kerdil diri mengenangkan kekhilafan diri... ini belum masuk kegagalan diri sebagai anak? adakah aku anak yang patut di banggakan?....perit jiwa melihat air muka ummi dan abi... maafkan uti.. anakmu yang tak mampu membanggakan kalian...hidup dalam kegagalan yang cukup memeritakan....

Namun.. ku sedar...ini ujian Allah...Allah sendiri berfiraman, bahawa Dia tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya ..maka dari sini ku temui kekuatan..

suka jua ku masukkan sebuah hadith yang moga2 memberikan kekuatan dalam diri..

"Seseorang itu tidak akan dikurniakan suatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada sabar"
(riwayat al-Bukhari)

Tambahan pula..ku bertambah yakin dan terbina kekuatan..apabila mendapat satu ungkapan kata2 dari seorang ustaz mengenai hikmah... pasti kita selalu mendengar dalam setiap perkara yang berlaku pasti akan ada hikmahnya..tapi pasti ramai jua yang terfikir..bila..bila hikmah itu akan menjelma?
ustaz tu cakap...

"Yakinlah...hikmah Allah pasti akan datang.. tak sekarang tahun hadapan..tak tahun hadapan 10 tahun akan datang tak dalam 10 tahun...yakin dan pastilah bahawa ia akan dapat di syurga"

sungguh mendalam maksud,yang membuatku terfikir..lantas ku pasti setiap apa yang berlaku
pasti tersedia hikmah Allah kepada kita...
moga2 dalam apa jua dugaan...ujian mahupun kegagalan kita tabah menghadapi kerna pasti segalanya ada hikmahnya...

Wednesday, June 17, 2009

Mari membina rumah....

Pada suatu hari yg indah..dimana tarikh tidak dpt di recall balik..selepas chating ngn seorang kawan...terpikir akan sesuatu..sesuatu yg menjadi ilham untuk ku menulis..heee setelah sekian lama... terfikir..dan terkenang dalam hidup ni kita harus hidup atas 5 asas yg berbeza..tetapi matlamatnya sama..bahagia dunia dan akhirat
The 1st 5 i guess many of us observe.... as muslims especially.. Rukun Islam. Buktinya terdapat dalam hadith nabi...

Daripada Abdullah bin Umar r.a Nabi s.a.w bersabda : " Islam terbina atas 5 perkara : Mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan Nabi Muhammad adalah hmba-Nya dan Rasul-Nya; mendirikan solat; menunaikan zakat; menunaikan haji ke Baitullah; dan berpuasa pada bulan Ramadhan"

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada hadis ini...

1. mengucapkan dua kalimah syahadah
2. solat 5 waktu
3. puasa di bulan ramadhan
4. menunaikan zakat
5. menunaikan haji bagi yg mampu

5 tiang agama yg sudah pasti tersemat di kalbu..tapi sejauh mana pula kita menjaganya? adakah kita terus menerus membiarkan tiang2 itu rapuh? berkarat?hemmm.. peringatan buat diri...
cuba bayangkan rumah yg tersergam indah tapi tiangnya rapuh..akan gugurlah ia ke bumi... maka sia-sia rumah itu...

Ok.. tiang rumah dah ada.. nak bagi cantik lagi..batu-bata rumah kenalah adakan? so lagi 5 asas untuk rumah kite ni ialah rukun negara kite sendiri.. ingat tak masa sekolah dulu? setiap hari isnin mesti kena baca rukun negara.. yg pada masa tu memang takde persaan pun bace.hehehe.


1. Kepercayaan kepada Tuhan
2. Kesetiaan kepada raja dan negara
3. kedaulatan undang2
4. Keluhuran perlembagaan
5. kesopanan dan kesusilaan..

(if ada kesilapan harap dapat dibetulkan ye)

fuh... susah gak nk ingat ni..nampak sangat aci redah je tyme skool dulu..huuu
tapi d poin here is that sayang negara kite..jgn asyik puji negara orang.. walau seteruk manapun negara kita..inilah tanah tumpah negara kite... bangkit jiwa2 perjuang...

Hemmm,tiang dah ada.batu batu sudah di susun rapi... apa lagi ek nak bg rumah kite ni cantik... i guess i know.. apa kata kite tambah lagi 5 yg pasti akan membuatkan rumah kite Ter PALING cantik... apakah yg 5 itu?


LOVING

CARING

SHARING

GIVING

FORGIVING
ni saya dapat mase grup binding AIKOLFEST kt janda baik..tempat Pak Habib..mesti rmi yg kenal dia kan... bila di lihat balik ... memang benar dgan mengamalkn yg 5 ni..hidup kita kan lebih sejahtera...damai..lagi membahgiakan..bila kite semua hidup dgn 5 ini... sekarang buktinya kawan2 yg pergi grup binding memang terbinding habis..heee coz semua cuba untuk amalkan yang 5 ni.dari sini datanglah kekayaan jiwa seperti yg tercatat dalam hadith nabi...

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersbada : " Bukanlah kekayaan itu dengan harta benda, tetapi kekayaan sebenar ialah kekayaan jiwa"

(Riwayat al -Bukhari dan Muslim)

hasilnaya..maka terbina sebuah rumah yg asasnya kukuh ngn pegangan agama
tersergam indah dengan semangat patriotisme
dan bersinar dengan nur kasih sayang..
moga kite dapat membawa rumah yg dibina ke alam akhirat.. ameen