Thursday, September 25, 2008

Maafkan Daku...

Ada seorang pemuda yang sangat pemarah. Dia tidak dapat mengawal kemarahannya walaupun ianya hanya satu masalah kecil sahaja.

Pada suatu hari, bapanya telah menghadiahkannya dengan seguni paku. "Untuk apakah paku-paku ini ayah?" tanya pemuda tersebut.
"Setiap kali kamu marah, kamu pakulah tembok batu di hadapan rumah kita ini, bagi melepaskan kemarahan mu" jawab ayahnya. Pada hari yang pertama sahaja, pemuda itu telah memaku sebanyak 37 batang paku pada tembok batu tersebut. Selepas beberapa minggu, setelah dia dapat mengurangkan kemarahannya, jumlah paku yang digunakan juga berkurangan. Dia mendapati, adalah lebih mudah mengawal kemarahannya dari memukul paku menembusi tembok batu tersebut.


Akhirnya tibalah pada suatu hari, dimana pemuda tersebut tidak marah, walau sekali pun.Dia pun memberitahu ayahnya mengenai perkara tersebut dengan gembira. Bapanya mengucapkan tahniah dan menyuruh dia mencabut kembali paku itu satu persatu, padasetiap hari yang ia lalui tanpa kemarahan.

Hari berganti hari, dan akhirnya dia berjaya mencabut kesemua paku-paku tersebut. Pemuda
tersebut lantas memberitahu perkara tersebut kepada bapanya dengan bangganya.
BAPANYA TELAH MEMIMPIN tangannya ke tembok tersebut dan berkata "Kau telah melakukannya dengan baik, anakku, tetapi lihatlah kesan lubang-lubang di tembok batu tersebut, tembok itu tidak akan kelihatan sama lagi seperti sebelumnya. Bila kau menyatakan sesuatu atau melakukan sesuatu ketika marah, ianya akan meninggalkan kesan parut dan luka, sama seperti ini. Kau boleh menikam seseorang dengan pisau dan membunuhnya.Tetapi ingatlah, tak kesah berapa kali kau memohon maaf dan menyesal atas perbuatam mu, namun lukanya masih tetap ada. Luka di hati adalah lebih pedih dari luka fizikal.
Sahabat adalah permata yang sukar dicari.
Mereka membuatkan kamu ketawa dan
menggalakan mu ke arah kejayaan.
Sahabat juga adalah seorang pendengar,
berkongsi suka dan duka dan sentiasa membuka
hatinya kepada kita.
Maafkan saya sekiranya saya pernah
meninggalkan kesan berlubang di dinding hati
mu....

jagailah hati teman2mu...

Pesanan ringkas
buat nasihat diri jua sahabt2 lain...
jagalah hati sahabat2...insan2 yg berada di sekitarmu...
andai tidak... rasa bersalah itu akan mencengkam diri.....
andai sudah terlanjur, hulurkan bingkisan kemaafan kepada mereka.....
keperitan hati mereka kadang2 kita tk ketahui selagi belum di bongkar isi hati mereka itu....
mohonlah kemaafan sebelum malaikat maut menjemput.....
bila tiba masa itu....kau tak mungkin sempat lagi.... kerna kematian tak bisa di tangguh walau sesaat pun.........
kerana dosa itu pasti mengikat kaki mu dari melangkah ke dlm syurga kelak... nauzubillah
bila dikenang kenang....ahhhhhh banyaknya dosa yg mulut ini lakukan.....
apa lagi yg mampu dilakukan....
selain memohon kemaafan...jua keampunan dari ALLAh yg Maha Rahim...
moga diberi kesempatan untuk menebus dosa........

Wednesday, September 24, 2008


ini namanya... orang takde keje... sje nak bagi meriah sikit blog ni..hehehehe..... elakkan kontoversi tingkatkan prestasi
;)

;)

lega...sampai gak hajat nak updte... syukran semua coz bagi semangat kpd saya nak tulis... paling best coz kene tegur ngan Big Boss (hanya mereka2 yg berkenaan jek tau,biarlah rahsia..kan chema kan)..hehe.. terus rasa dpt stu cabran...hehehe.. apapun.. i will try to improve my writing... tapi kan.. liat betul nak tulis on issue semasa.. any suggestions... berusaha semua jadi yg TERBAIK... membangun bersama ISLAM... peace no war.

terima kasih semua..

assalamualaikum.....
salam perjuangan salam mahabbah....
Tiada apa sangat yg hendak dikatakan... cuma ucapan terima kasih kepada sahabt2....kakak2.. ustaz2.. yg banyak membantu diri ini... terima kasih diatas nasihat dan tashji' yg banyk membantu dlm berubah diri kepada yg lebih baik,INSYA ALLAH.... sikit demi sedikit akan ku cuba...
akhir kalam....mohon kemaafan diatas segala slah dan silap... salam lebaran penutup bicara.
{nak duit rayer bleh... hehhehehehehe ;) }

ilhamku....

Orang lain amik org ternama...yg gah di persada masing2 sebagai sumber ilham mahupun inspirasi..... aku mcm takde jek idola whats so ever....
tapi aku ada beberapa insan yg banyak aku pelajari daripada mereka...
(huhu..pedih mata i..hehehe)

i have a friend...

i never though will be so close to me understanding me always there to give back my spirit that always runs away....

her words her attitude.....

at 1st i thought she is Garang.... but that is her....

the one thing i really wish i can be....is know how to be bright in giving ideas and comments on current issues.... she is totally good on that i assure you.... i just dont know when can i be like her..

but she always will say..."chayo kakak, kakak mesti boleh punye"
She is the friend i learnt alot from...Moga Allah merahmatimu duhai sahabat...

i have this kakak...
her pyhsical might be small but inside BerJIWA Besar...

small and sweet but her bravery... her attitude as hard as a stone...
however deep inside she has a soft heart that she seldom shows..... but those who are close to her can feel her sincere heart.....

she always say...."wah..hebat anak usrah ana"....
thus from there i see she has a dream

dream to see her sisters grow to be a great person....
Moga Allah melimpahkan kasih sayangNYA, sepertimana akak menyayngi kami.....
pastikan yg TERBAIK...

Bangun Dengan Satu Mimpi...

Bangun dgn stu mimpi..hemm tak ke pelik org tido bru mimpi kan? kompuis2.... entah apa sebenarnya yg berlegar legar di ruang minda diriku ini...

Mimpi.. kadang2 akan menjadi realiti.... terutama mimpi di siang hari( akulah tu..huhu)
tak slahkan mengulam mimpi... agar suatu hari mingkin ianya menjadi realiti???

Tanggal 16 September 2008
maka berlabuhlah sudah tirai SRC... ku lihat wajah2 insan itu aku terasa sebak... betapa perit jerih mereka kini sudah sampai ke nokhtahnya.... apalah agaknya yg bermain di fikiran kekakand2 ku itu... sungguh mengenali mereka melahirkan aku yg berbeza dari aku yg dahulu

Namun dalam aku melayri ruang emosi..aku tersedar ke alam reality....

Siapakah yg bakal mengganti mereka?

Mampukah pengganti itu memikul tanggungjawab yg cukup berat itu....

huhuhu....aku pun tak sanggup...

aku terdiam...teringat...teringat bicara... kalam kata abg Amin Idris...

aku terpempam sendiri.... org selalu kata

"takpelah dia kan dah ada"
TAPI.....
"cuba byg kalau org itu takde, siapa nak ganti?"

aku sedar masa itu akan tiba bila Batch aku bakal menjadi frontliner... bakal memikul amnah berat..... memikul amnah AGAMA... lantas sampai bila hrus mengundur diri....

Yg pasti.....azimat yg aku dpt dari abg Amin cukup bermakna...

WE HAVE TO HAVE OUR VISION....
lantaran itu...
Aku PASTI dan YAKIN dgn KALAM ALLH ISLAM PASTI MEKAR DI BUMI UIA>>> tiada mimpi indah selain di ulit kalam ALLAH yg pasti...

AYUH BANGKIT MUJAHID....AYUH MEROBAH DIRI ......

(moga ALLAH beri kesempatan kepada aku yg lemah ini untuk menolong ISLAM, tapi aku sering kalah....aku tak cukup kuat................aku takut.....aku tak mampu menolong......